Thursday 29 December 2016

LIDAH BUAYA MAKANAN SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W

Assalamualaikum.

Hari ini hati saya nak cerita,mungkin ramai yang tak tahu berkenaan pokok lidah buaya.Pokok lidah buaya antara pemakanan sunnah Nabi S.A.W.Eh?!! Ye Ke? Betul.

Manfaat-manfaat lidah buaya sudah diketahui Rasulullah terlebih dahulu namun kita seakan tidak peduli mengenai hadits-hadits tersebut, dan setelah perkembangan Ilmu pengetahuan dengan asas penelitian mula berkembang Alhamdulillah



Manusia mula sedar akan luarbiasanya pengetahuan itu.
Salah satunya pada tanaman lidah buaya ini, lidah buaya mengandungi crystalline glycoside berbillion yang merupakan minyak essensial yang sangat bermanfaat bagi kesihatan kulit terutama dalam keremajaan kulit. Oleh sebab itu, kini Lidah Buaya banyak dimanfaatkan untuk bahan asas bagi produk kecantikan dan kesihatan tubuh.

Selain itu, banyak kandungan lain yang menjadikan lidah buaya ini sangat bermanfaat.
Nabi Muhammad SAW bersabda,
“Di dalam pemanas mereka (yang tinggal di surga), lidah buaya akan dibakar, sehingga akan tercium aroma yang harum” (HR. Bukhari).

Selain manfaat yang ada dalam hadits Rasullullah SAW, ada pula pendapat dari Ibnu Qayyim berkata,
Aloe vera memiliki manfaat yang sangat banyak, terutama yang berasal dari India. Diantara manfaat yang dimilikinya adalah menetralisir zat kuning yang berlebih di otak dan saraf manusia. Jika SAPU DI DAHI bersama minyak bunga, maka itu akan berfungsi untuk mengurangkan rasa pening, mengubati luka dimulut dan di hidung.

Aloe vera adalah antara jenis herba semulajadi yang paling banyak mempunyai khasiat penyembuhan kepada manusia. Pengamal nutrien, Mike Adams dalam kajiannya berpendapat aloe vera adalah herba yang terbaik dalam beribu-ribu herba yang ditemuinya, manakala Garlic (bawang putih) menduduki tempat kedua. Memang tiada tumbuhan lain yang boleh memberi sebegitu banyak faedah perubatan seperti aloe vera.

Sejak penemuan semula lidah buaya pada awal 1900am, pelbagai penyelidikan telah dijalankan oleh saintis di seluruh dunia ke atas lidah buaya. Walaupun tidak terdapat sebarang unsur spesifik lidah buaya yang telah dikenalpasti boleh merawat apa-apa penyakit tertentu, namun secara umumnya para penyelidik percaya bahawa ia adalah tindakan bersinergi beratus-ratus sebatian dalam lidah buaya yang menghasilkan kesa-kesan positif yang telah dialami oleh pengguna-pengguna lidah buaya.

Analisa makmal gel aloe vera menunjukkan bahawa ia mengandungi lebih 200 sebatian termasuk 20 jenis asid amino, 12 antrakuinon, 12 vitamin, 8 enzim, 20 mineral, 4 sterol tumbuh-tumbuhan, monosakarida, polisakarida, saponin, asid salisilik, lignin dan hormon. Tindakan-tindakan bersinergi sebatian-sebatian inilah yang dipercayai imunnya, yang pula menolong memperkuatkan sistem pertahanan dan pemulihan badan kita untuk mengatasi pelbagai keadaan kesihatan.



KEBAIKAN FOREVER ALOE VERA

  1. Patented Stabilized Aloe Vera Gel, yang mana ketulenan, kualiti dan kesegaran aloe vera yang terdapat dalam setiap botol Aloe Vera.
  2. Daun ajaib lidah buaya ini mengandungi lebih daripada 200 bahan, termasuk 20 mineral, 18 asid amino dan 12 vitamin. Produk ini distabilkan dan dipatenkan bagi mengekalkan sistem penghadaman yang sihat dan tahap tenaga yang semula jadi.
  3. Forever Living syarikat pertama yang menerima sijil daripada International Aloe Science Council, ianya kaya dengan pulpa dan cecair mengesahkan lagi produk ini sama sifatAloe Vera Gel mencegah Diabetes.

Moga bermanfaat.Allahu A'lam.

Monday 26 December 2016

BICARA TENTANG TAMAK

Tamak merupakan satu sifat yang sangat keji dan tidak digalakkan menyerap di dalam tubuh manusia.Tamak adalah kekolotan mengkumpul segala benda.Saya berfikir juga tamak ini untuk apa sebenarnya?Kenapa sifat ini muncul di dalam jiwa manusia/ Memang, kadang kala ketamakan ini wujud di kala kegembiraan, keselesaan dan kehebatan.

Bicara tentang tamak pernah dahulu seorang Ilmuwan Islam berbicara mengenai tamak, kalaulah bertanya kepada tamak, Siapakah ayahmu? Tamak menjawab ayahku adalah keraguan kepada takdir. Pada soalan yang kedua, Apakah pekerjaaan kamu? Pekerjaanku adalah kehinaan. dan soalan ketiga pula ditanyakan kepada tamak, Apakah matlamat kamu? Tamak berkata matlamatku adalah halangan.

Waallahu A'lam

Monday 5 December 2016

BACA..PAHAM..HADAM..NOTA HATI IBRAHIM BIN ADHAM

Baru-baru dengar ucapan dari Ustaz Syamsul Debat bercerita mengenai Ibrahim Bin Adham.Lalu,hati ini mahu mengenali beliau serta mengetahui siapa gelaran orang ini.Sungguh hebat orang ini..Allah hanya tahu hambanya..Hebat sungguh..Bacalah bicaranya..Moga-moga mendapat hidayah dan motivasi dalam diri.Sebarkanlah ke mana-mana sahaja..


10 Nasihat Ibrahim bin Adham

Suatu ketika Ibrahim bin Adham, seorang alim yang terkenal zuhud dan wara’nya, melewati pasar yang ramai. Selang beberapa saat beliau pun dikerumuni banyak orang yang ingin minta nasehat. Salah seorang di antara mereka bertanya, “Wahai Guru! Allah telah berjanji dalam kitab-Nya bahwa Dia akan mengabulkan doa hamba-Nya. Kami telah berdoa setiap hari, siang dan malam, tapi mengapa sampai saat ini doa kami tidak dikabulkan?”
Ibrahim bin Adham diam sejenak lalu berkata, “Saudara sekalian. Ada sepuluh hal yang menyebabkan doa kalian tidak dijawab oleh Allah.
Pertama, kalian mengenal Allah, namun tidak menunaikan hak-hak-Nya.
Kedua, kalian membaca Al-Quran, tapi kalian tidak mau mengamalkan isinya.
Ketiga, kalian mengakui bahwa iblis adalah musuh yang sangat nyata, namun dengan suka hati kalian mengikuti jejak dan perintahnya.
Keempat, kalian mengaku mencintai Rasulullah, tetapi kalian suka meninggalkan ajaran dan sunnahnya.
Kelima, kalian sangat menginginkan surga, tapi kalian tak pernah melakukan amalan ahli surga.
Keenam, kalian takut dimasukkan ke dalam neraka, namun kalian dengan senangnya sibuk dengan perbuatan ahli neraka.
Ketujuh, kalian mengaku bahwa kematian pasti datang, namun tidak pernah mempersiapkan bekal untuk menghadapinya.
Kedelapan, kalian sibuk mencari aib orang lain dan melupakan cacat dan kekurangan kalian sendiri.
Kesembilan, kalian setiap hari memakan rezeki Allah, tapi kalian lupa mensyukuri nikmat-Nya.
Kesepuluh, kalian sering mengantar jenazah ke kubur, tapi tidak pernah menyadari bahwa kalian akan mengalami hal yang serupa.”
Setelah mendengar nasehat itu, orang-orang itu menangis.
Dalam kesempatan lain Ibrahim kelihatan murung lalu menangis, padahal tidak terjadi apa-apa. Seseorang bertanya kepadanya. Ibrahim menjawab, “Saya melihat kubur yang akan saya tempati kelak sangat mengerikan, sedangkan saya belum mendapatkan penangkalnya. Saya melihat perjalanan di akhirat yang begitu jauh, sementara saya belum punya bekal apa-apa. Serta saya melihat Allah mengadili semua makhluk di Padang Mahsyar, sementara saya belum mempunyai alasan yang kuat untuk mempertanggungjawabkan segala amal perbuatan saya selama hidup di dunia.”